Friday, January 1, 2010

k0nvensyen NISA' wiLayah....



Dijemput semua ahli-ahli Nisa` Wilayah,adik-adik remaja yang ingin menyertai Nisa, akak-akak dan ibu-ibu ke :

KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)

TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI


ANTARA YANG MENARIK :

1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir

Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN


" Kerana Dirimu Begitu Berharga"

Hubungi Segera:

013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)

http://nisawp.blogspot.com/

p/s - kwn2 j0m j0in.. selain kita berusaha dlm mencari ilmu duniawi, ilmu akhirat juga perlu dcari.. pr0gram2 agama merupakan salah satu Taman2 Syurga.. ya Allah, permudahkan segala urusanku utk mencari keredhaanMu..

sambut tahun baru berbudaya YAHUDI, NASRANI...




Sambut Tahun Baru berbudaya Yahudi, Nasrani

KEBIASAANNYA, seolah menjadi adat, apabila datangnya tahun baru Masihi, maka diadakan pesta-pestaan, kononnya menyambut azam baru di tahun baru. Mungkin ramai yang tidak menyedari ianya bukan sahaja disambut oleh orang-orang Kristian yang mengingati tarikh kelahiran Nabi Isa AS, tapi juga oleh orang Islam yang jahil tentang ajaran Islam. Apa lagi, sambutan tahun baru ini sudah dianggap agak releven dalam tempoh orang Kristian menyambut perayaan Krismas.

Ini menandakan betapa jahilnya mereka tentang Islam yang mengundang kepada pengaruh budaya Yahudi dan Nasrani meresap dalam tubuh mereka. Sememangnya, kaum Yahudi dan Nasrani tidak putus-putus mengadakan perancangan untuk menyesatkan umat Islam, malah mereka jugalah sentiasa memusuhi Islam. Malah, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis penerangan mengenai negara Islam di Kompleks Sri Iman, Kuala Terengganu menjelang akhir tahun baru-baru ini menyamakan orang Melayu yang enggan menerima konsep negara Islam samalah dengan orang Yahudi. Menteri Besar itu juga menganggap kerajaan Malaysia dan pemimpinnya sebagai ‘proksi Yahudi’ di negara ini kerana tidak menerima ajaran Islam dan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau turut mendakwa pemikir-pemikir ahli kerajaan Malaysia juga adalah proksi bagi Yahudi sebagaimana Yahudi tak setuju kepada al-Quran dan negara Islam.

Sebenarnya, dalam Islam tahun Masihi tidak memberi apa-apa makna. Mengapa ada di antara kita masih mengagungkan tahun baru yang tidak ada kaitan dengan Islam? Ini tentunya berlainan tahun baru Islam yang dimulakan Tahun Hijrah Rasulullah s.a.w. yang merakamkan peristiwa penting bermulanya pembentukan sebuah ‘Daulah Islamiah’ (Kerajaan Islam) yang melambangkan suatu bentuk ajaran Islam yang sempurna dengan undang-undang yang melahirkan satu keadilan yang tidak pernah tergambar oleh manusia sebelum itu. Dari sinilah Islam dilahirkan di dalam sebuah negara yang menubuhkan ‘Khalafah Islamiah’ yang memancarkan rahmat dan cahaya ke seluruh pelusuk dunia.


Jadi, masanya sudah tiba bagi seluruh umat Islam supaya kikiskan segala perkara yang menjurus kepada unsur-unsur kemaksiatan seperti suasana pergaulan bebas antara remaja lelaki perempuan, berpegangan tangan dan berpelukan sambil menggoyangkan badan dengan hiburan tarian liar diringi lagu-lagu rancak berirama muzik oleh artis-artis terkenal negara. Anehnya, ada juga pemimpin-pemimpin masyarakat dan negara ini bersekongkol menumpang sekaki berseronok sama.

Kita hendaklah sedar bahawa tidak ada istilah tahun baru dan tahun lama kerana tanggungjawab kita ialah tetap patuh kepada perintah Allah, bermula kita mencapai umur baligh sehinggalah kita masuk ke dalam lubang kubur bertepatan dengan firman Allah dalam al-Quran, ayat ke 99 surah Alhijar maksudnya: "Dan sembahlah Tuhan Mu sehingga tiba kepada kamu keyakian (kematian)".

Mengapa dalam usaha menanam azam baru ada satu golongan pun daripada berbagai lapisan masyarakat menyuarakan cita-cita dan azam untuk menjadi orang yang lebih bertaqwa, lebih pemurah, lebih patuh kepada hukum-hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam.

sumber ~ http://www.tranungkite.net/lama/d01/warta1311.htm