Thursday, June 30, 2011

manusia itu, tidak pernah sempurna... :)

ASSALAMUALAIKUM....

segala puji bagi Allah, pencipta semua makhluk, Tuhan sekalian alam.. selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat baginda.. syukur Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini walaupun telah banyak dosa-dosa yang dilakukan.. moga kita sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah yang maha pengampun..

sudah hampir 3 minggu bergerak kerja dalam gerakan Pesta Konvokesyen Ke39... terlalu banyak pengalaman yang telah dipelajari, menyebabkan saya tidak begitu terkilan untuk mengorbankan masa cuti dan berjauhan dengan keluarga.. walaupun pada permulaannya telah membulatkan tekad untuk memberikan sumbangan sepenuhnya pada PK39, namun suara lembut si ibu dan suara tegas si ayah telah sedikit sebanyak mematahkan semangat saya..
sisa-sisa kekuatan kembali dikutip, dan diri telah berjaya menghadirkan diri di UKM setelah 3 minggu bercuti..

walaupun saya hanya diberi taklifan sebagai Pengurus Kewangan, namun banyak yang telah saya pelajari... bagaimana untuk berurusan dengan pihak atasan dan pihak bawahan.. bagaimana untuk sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam menerima pendapat orang lain.. bagaimana untuk mengawal emosi dalam setiap keadaan.. dan bagaimana untuk sentiasa bersedia dalam sebarang kemungkinan.. ilmu-ilmu ini telah saya pelajari setelah 4 tahun berada di UKM..


saya juga telah belajar untuk menerima hakikat bahawa manusia itu tidak pernah sempurna.. sifat saya yang selalu bersangka baik dengan semua orang perlu diperbaiki.. semua orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing, termasuk diri sya... saya cuba untuk berlapang dada dengan semua ahli keluarga PK39.. saya cuba untuk belajar walaupun sejauh mana hebatnya seseorang itu dari segi luarannya, masih tetap ada kelemahan dari dalamannya.. sama-sama kita nasihat menasihati.. moga diri ini juga sentiasa memperbaiki diri..

semoga saya terus sentiasa berlapang dada, kuat dan dan tabah dalam menerima kritikan orang lain.. tanggungjawab dan taklifan yang diberikan dalam PK39 amat tinggi nilainya bagi saya.. kerana
walaupun agak tertekan dengan sistem birokrasi yang amat tinggi dan menghadapi budaya kerja ahli yang semua berbeza, namun ia sedikit sebanyak telah mematangkan fikiran saya..

semoga semua ahli keluarga PK39 sentiasa bergerak kerja dalam keadaan tenang dan sentiasa berlapang dada...

manusia itu, tidak pernah sempurna...

kerana kita hamba yang hina..



Thursday, May 5, 2011

perancangan Allah itu sangat hebat, hikmah Allah itu sangat indah..


ASSALAMUALAIKUM....

Maha Suci Allah yang memberi kenikmatan hidup, selawat junjungan ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda..

terlalu lama menyepi dari penulisan blog.. entah mengapa, semangat untuk menulis tiba-tiba hilang.. sedangkan, terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang boleh dikongsikan bersama.. kini, setelah 2 tahun, insya Allah saya cuba untuk meluruskan niat saya dalam penulisan blog.. pada asalnya, saya mendapati kebanyakan orang menulis blog hanya untuk suka-suka, menceritakan tentang diri sendiri, apa yang berlaku dalam kehidupan.. saya turut terpengaruh kerana cerita mereka seronok dibaca.. lantas blog dibina, pada niat asalnya untuk berkongsi ilmu.. tapi, mungkin niat yang tidak ikhlas, menghalang saya untuk meneruskan penulisan.. penulisan blog, sepatutnya menjadi satu medan untuk menyebarkan dakwah, memberi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain.. tidak salah untuk menceritakan tentang kehidupan kita, tapi mungkin perlu diselitkan dengan nasihat-nasihat dan ilmu yang boleh dikongsi bersama.. kalau boleh biarlah penulisan kita menjadi saham di akhirat nanti.. Astaghfirullah, moga Allah mengampuni segala dosa-dosa saya..

kini, tahun 2011.. saya masih berada di UKM.. sepatutnya merupakan sem terakhir saya di sini, tetapi memang perancangan saya untuk menyambung lagi satu semester.. pada awalnya semua berjalan dengan lancar.. saya telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk persiapan extend pengajian.. tetapi, kemudian Allah cuba menguji kekuatan saya.. secara tiba-tiba parents mempersoalkan keputusan saya.. meminta supaya saya untuk tidak extend.. Allah.. hati saya berbelah bahagi.. kemudian, ujian dari sahabat.. "kenapa extend..?" kerapkali dipersoalkan oleh junior-junior dan rakan-rakan.. menyebabkan keyakinan saya kembali goyah.. perlukah saya menjelaskan secara terperinci, setiap orang yang bertanya..?

di saat saya merasa lemah, Allah tempat saya mengadu.. Subhanallah.. hikmah Allah itu sangat indah, perancangan Allah itu sangat hebat.. di saat saya merasa ragu-ragu, Allah menunjukkan jalan.. terdapat hikmah mengapa Allah menggerakkan hati saya untuk extend, mengapa Allah menggerakkan hati saya untuk membuat keputusan ini sedari dari second year lagi.. kerana, di bumi UKM ini, di bawah fakulti, di dalam UC, Allah menyediakan satu peluang untuk saya.. peluang untuk saya terus memberi sumbangan di dalam perjuangan menegakkan agama-Nya.. peluang untuk saya terus menimba ilmu, mempelajari selok belok perjuangan..

dalam hidup ini, apapun keputusan yang kita buat, jangan menyesal..

kerana saya percaya perancangan Allah itu amat hebat, hikmah Allah itu sangat indah..

semoga Allah sentiasa memberi ketenangan dan kekuatan kepada saya..